PROGRAM PENINGKATAN KOMUNITI (PPK) PPR SG BONUS
PPR Sungai Bonus, Kuala Lumpur
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemiskinan bandar di Malaysia telah dianggap sebagai fenomena yang semakin ketara disebabkan oleh kesan urbanisasi. Kenaikan kos ekonomi dan sosial akibat kemajuan bandar yang pesat menjejaskan penduduk bandar berpendapatan rendah, yang dianggap terkesan kepada kejutan ekonomi. Oleh itu, terdapat keperluan untuk melihat semula kesan urbanisasi dan mencari jalan penyelesaian yang mungkin, terutamanya bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah.
Yayasan Sejahtera telah menyahut cabaran tersebut melalui usaha memahami kemiskinan bandar dan melaksanakan program-program bagi menyokong golongan berpendapatan rendah melalui Program Peningkatan Komuniti (CEP) PPR Sungai Bonus di Kuala Lumpur sejak Julai 2016. PPR Sungai Bonus, yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur adalah salah satu kawasan perumahan awam yang dibina oleh kerajaan sebagai program penempatan semula setinggan, dan juga untuk memenuhi permintaan perumahan kos rendah di bandar.
Melalui projek CEP PPR Sungai Bonus, Yayasan Sejahtera memulakan pendekatan berdasarkan komuniti dalam pembangunan dan pelaksanaan program komuniti. Program ini dirancang untuk melibatkan orang dewasa, belia dan kanak-kanak di PPR Sungai Bonus.
Bagi golongan dewasa, Yayasan Sejahtera memberikan bantuan dari segi program-program mata pencarian, membantu 20 pemilik kiosk tempatan di PPR Sungai Bonus untuk memajukan perniagaan mereka supaya menjana pendapatan yang lebih baik. Kiosk-kiosk disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Sejahtera merancang untuk membantu pemilik-pemilik perniagaan dalam menyediakan peralatan dan perkakasan yang akan membantu mereka dalam menjalankan perniagaan mereka. Di samping itu, Yayasan Sejahtera juga memberikan latihan kemahiran pemasaran dan pengurusan kewangan kepada pemilik-pemilik kios dan kumpulan-kumpulan lain yang terdiri daripada 20 penerima di bawah program bukan mata pencarian.
Selain itu, para belia di PPR Sungai Bonus diberi peluang untuk penempatan pekerjaan dan diberi bantuan dalam merancang kerjaya mereka.
Kanak-kanak di PPR Sungai Bonus juga mendapat manfaat daripada program Yayasan Sejahtera melalui tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris secara percuma sebagai persiapan untuk peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Program motivasi tambahan juga dirancang untuk kanak-kanak.
Melalui projek awal ini, Yayasan Sejahtera telah memperoleh pelbagai maklumat dan pandangan dalam melaksanakan campur tangan untuk projek kemiskinan bandar. Antaranya ialah tahap keterlibatan dan rundingan yang diperlukan untuk melibatkan masyarakat miskin bandar yang berbeza keadaan, menangani harapan para penerima manfaat dan para komuniti, serta pelbagai isu yang timbul dari campur tangan.
Projek ini sedang berjalan dan dijangka selesai pada tahun 2018.
Assistance provided to beneficiaries:
Bantuan yang diberikan kepada penerima:
- Peralatan dan perkakasan kiosk untuk golongan dewasa (program mata pencarian)
- Latihan kemahiran dan peningkatan keupayaan (program bukan mata pencarian)
- Peluang dan perancangan kerjaya belia
- Tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris percuma untuk UPSR dan PT3
- Program motivasi untuk kanak-kanak