BANTUAN PASCA BANJIR

Wakaf Che Yeh, Kota Bharu

Kota Bharu dinaiki air ketika banjir 2014 di Pantai Timur, dianggap sebagai yang terburuk dalam sejarah negeri ini. Salah satu dari banyak kawasan kritikal yang terjejas oleh bencana banjir adalah Wakaf Che Yeh, di mana banyak peniaga terpaksa menghadapi cabaran sukar untuk memulihkan kerugian perniagaan mereka. Selain banjir, kerugian mereka juga disebabkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan situasi tersebut untuk pecah masuk ke premis-premis perniagaan di daerah itu, menyebabkan banyak dari mereka gagal dalam usaha mencari rezeki yang hanyut bersama sisa-sisa bencana.

Yayasan Sejahtera mengambil langkah kedepan dengan menghulurkan pertolongan kepada peniaga yang terkesan dengan meyokong mereka tatkala waktu pasca banjir, supaya mereka dapat pulih dari pengurangan pendapatan dan dapat kembali sejahtera. Dengan menyasarakn 50 penerima bantuan dari pelbagai latar belakang perniagaan, projek bermula paa Mac 2015. Semua yang dipilih, menerima bantuan dari segi peralatan dan juga lathan kemahiran untuk bermotivasi dan meningkatkan kefahaman perniagaan mereka.

Bantuan yang diberikan: Perkakasan / Peralatan untuk perniagaan, Latihan motivasi, Pemantauan, Latihan Perniagaan (Simpanan Rekod & Pemasaran)

Secara keseluruhan, projek ini berjaya membantu penerima untuk meningkatkan purata pendapatan bulanan mereka, dan kira-kira 88.3% peserta memperoleh purata pendapatan bulanan tambahan di atas garis kemiskinan, melebihi sasaran 70%. Projek ini juga membawa kepada hubungan yang berjaya di kalangan para peserta, memacu kreativiti dan mewujudkan peluang untuk para penerima manfaat dalam memajukan perniagaan mereka untuk masa depan.

Kongsikan kisah kejayaan kami