GERAN KECIL 3.0
Bachok & Pasir Puteh, Kelantan
Geran Kecil adalah satu siri projek yang memberi sokongan kepada keluarga miskin tegar dengan perniagaan kecil yang sedia ada untuk mengembangkannya supaya menjadi mata pencarian yang lestari. Projek Geran Kecil pertama dilaksanakan pada tahun 2011 dan telah menyaksikan peningkatan pendapatan peserta hingga 60%. Pada tahun 2013, Geran Kecil 2.0 dikembangkan dengan elemen tambahan seperti sesi latihan mengenai pengurusan kewangan dan bimbingan berkala oleh rakan pelaksana, Universiti Malaysia Kelantan. Untuk projek Geran Kecil kedua, kerjasama dapat dilihat di antara para peserta selain peningkatan pendapatan.
Projek Geran Kecil sebelum ini telah membuka jalan untuk pengembangan Geran Kecil 3.0 pada tahun 2015. Sebanyak 54 penerima bantuan mendapat bantuan dari segi alat dan peralatan untuk kegiatan ekonomi yang mereka jalankan, serta sesi latihan teknikal dan insaniah yang dijalankan oleh pelbagai rakan program, termasuk Kolej Komuniti Pasir Mas, Jabatan Pertanian Daerah Bachok dan Pusat Internet Luar Bandar 1Malaysia (Pusat Internet 1Malaysia). Pelaksanaan projek tersebut diselesaikan pada bulan Ogos 2016, mencatat peningkatan pendapatan bagi 72.2% penerima, dengan 42.6% daripadanya memperoleh pendapatan purata bulanan yang melebihi RM790, yang berada di atas garis kemiskinan.
BANTUAN DISEDIAKAN
Perkakasan dan Peralatan
Kursus Motivasi
Latihan Kemahiran Teknikal
Latihan Kemahiran Perniagaan
Pemantauan